Tuesday 2 April 2013

Sometimes we forget..

what do u feel???? i hope we find the supposed answer of what we searching for

Jika Itu JODOHKU


Diri..
katakan pada hati..
jangan jatuh cinta padanya..
dia belum tentu milikmu..
simpan cintamu itu..
biar jadi milik yang benar2 berhak..

hati..
jangan rindu padanya..
bibir..
jangan kau zikirkan namanya...
mata..
jangan kau melilau mencari walaupun cuma bayangnya..
telinga..
jangan kau merindui alunan suaranya..
kerana semua itu
sebenarnya Milik Allah..

ku takut kau hilang..
ku takut kau tidak perasan akan kehadiranku..
aah! perlukah semua ini?!
siapa aku padamu,,
aku hanya teman biasa..
namun aku bakal menjadi penggoyah imanmu
jika dibiar berlanjutan..

wahai diri..
berhentilah cuba mencuri perhatiaannya..

Ya Allah..

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Ya allah.. jika dia jodohku.. kuncilah sedikit ruang hatinya untuk diriku.. namun.. jika dia bukan jodohku.. padamkan perasaan ini perlahan-lahan dari hati ini..

ya allah ku bersyukur padamu..
jagalah hatiku agar tidak berpaling darimu..
ya allah aku bersyukur padamu..
kerana membiarkan hati ini tersentuh seketika keatas
insan yang membiarkan hatinya tertaut padamu..

adaptasi dari Permata yang Dicari_De Heart